SALAM MESRA

Friday, November 26, 2010

MUBASYYIR DARI BUMI AN BIA'



Allah manukilkan di dalam al quran bermaksud"WAHAI MANUSIA BERTAQWALAH KEPADA ALLAH YANG TELAH MENCIPTAKAN KAMU DARI DIRI YANG SATU(ADAM)DAN ALLAH MENCIPTAKAN PASANGANNYA(HAWA)DARI DIRINYA,DAN DARI KEDUANYA ALLAH MEMPERBIAKKAN LAKI LAKI DAN PEREMPUAN YANG BANYAK,DAN BERTAKWALAH KEPADA ALLAH YANG DENGAN NAMANYA KAMU SALING MEMINTA,DAN PELIHARALAH HUBUNGAN KEKELUARGAAN.SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA MENGAWASI DAN MANJAGA MU."(surah an nisa'4,1).Sesungguhnya institusi kekeluargaan adalah satu agenda yang telah di ungkitkan di dalam kitab Al Quran,dengan menyebut banyak ayat ayat di dalam kitab tersebut di dalam banyak surah,tambahan pula telah di praktikalkan sendiri oleh Nabi Muhammad secara jelas.Perkara ini dapat di lihat melaui kitab kitab hadis yang banyak di sebutkan oleh ulama ulama hadis,serta mensyarahkan hadis tersebut sebagai contoh kitab "SYAMAIL TIRMIZI"yang di sifatkan oleh kebanykan ulama barang siapa yang menyimpan kitab tersebut di rumahnya bererti dia menyimpan segala percakapan nabi.Sesungguhnya perkara ini telah jelas menyebutkan bahawa institusi kekeluargaan adalah perkara yang sangat di tekankan oleh agama islam itu sendiri.

Sesungguhnya institusi ini memainkan peranan yang sangat besar kepada masyarakat,kehidupan norma manusia.Sesungguhnya manusia memerlukan seorang teman di sisinya untuk melengkapkan siri kehidupan mereka di atas muka bumi ini.Manusia yang menolak kenyataan sebegini adalah mereka yang menolak etika norma kehidupan satu makhluk yang di berikan keistimewaan agama,akal,dan juga nafsu itu sendiri,yang bergelar insan.Sesungguhnya Nabi sendiri telah memperingatkan kepada sahabat yang tidak mahu menikah hanyan untuk beribadat semata mata.Namun pada hari ini kita sangat sedih kerana segolongan manusia yang telah di tutup mata hatinya,sanggup mengeluarkan kenyataan untuk tidak mahu mendirikan rumah tangga dengan beralasan untuk tidak mahu menjadi hamba kepada lelaki.Kenyataan ini telah di keluarkan oleh seorang yang bernama zainab,semasa wawancara bersama tv 3.Seorang pendokong gerakan yahudi antarabangsa yang di saluti denagn agama untuk mengaburi mata umat di negara ini yang di sebut sebagai Sister in Islam "sis".Sedangkan agama ini telah mengajarkan kepada umatnya bahawa pernikahan itu adalah satu rahmat dari Ilahi buat hambanya.



Pernikahan yang di tuntut adalah jalan yang di kurniakan oleh Allah buat hambanya,kerana ia dapat menghalang sesorang itu daripada melakukan seabarang perkara yang tidak bermoral atau bertentengan daripada syara'seperti zina,couple,dan sebagainya.Sesungguhnya pernikahan adalah satu rahmat dan satu keistimewaan buat hamba yang dapat mengambil ibrah dari ini.Allah menyebut di dalam al quran "DI ANTARA TANDA TANDA KEBESARANYA IALAH DIA MENCIPTAKAN PASANGAN PASANGAN UNTUKMU DARI JENIS KAMU,AGAR KAMU CENDERUNG DAN MERASA TENTERAM KEPADANYA,DIA MENJADIKAN DI ANTARA KAMU RASA KASIH DAN SAYANG.SUNGGUH PADA YANG DEMIKIAN ITU BENAR BENAR TERDAPAT TANDA TANDA BAGI GOLONGAN YANG BERFIKIR"(surah ar rum 30,21).Oleh itu pernikahan yang telah di ajukan oleh agama ini,sebenarnya adalah untuk melahirakan masyarakat yang mampu tunduk dan memahami ajaran yang benar seterusnyake arah pembentukan masyarakat muslim.

Institusi kekeluargaan merupakan elemen yang penting dalam membentuk masyarakat yang rabbani,setelah di pertanggungjawadkan ke atas bahu khalifah.Namun kini permata yang berharga ini telah di curi oleh musuh musuh islam,yang telah berkerja dengan sekuat kuatnya,dengan misi untuk melenyapkan agama ini dari muka bumi.Kini tugas ini harus di pikul oleh Institusi kekeluagaan,yang berkewajipan mendidik serta memahamkan kepada generasi yang baru,untuk mengembalikan kembali "permata" ini yang telah di kuburkan oleh musuh musuh Allah.Perkara ini seharusnya di pandang berat oleh mereka yang telah melibatkan diri mereka secara langsung dalam gerakan.Mereka bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan segala ketetapan syariat di jalankan khususnya di rumah mereka.



Sesungguhnya kewajipan ini hanya mampu di pikul oleh mereka yamh mempunyai daya taqwa,ilmu serta daya tahan yang tinngi.Firman Allah "SESUNGGUHNYA KAMU AKAN DI UJI MELALUI KETAKUTAN,KELAPARAN,KEKURANGAN HARTA,DAN KEPERIBADIAN DAN HASIL BUAHAN,SESUNGGUHNYA BERILAH KHABAR GEMBIRA KEPADA ORANG YANG BERSABAR".Menyatakan kesedihan dihiasi dengan kegembiraan di hatiku ini mendapat khabar berita dari timur tengah,seorang sahabat ku ini menyahut seruan Ilahi serta mengambil langkah yang pro aktif demi melihat kebangkitan agama ini dengan cara yang asli serta tidak dicampurkan dengan sifat kejahiliyyahan.Sesungguhnya kata kata keramat itu telah di dengari sehingga ke tanah air,baut teman ku MOHD RAZIQIN ZAKARIA BERSAMA TEMANNYA MAIZATUL AKMAL MOHD ALI,mereka telahpun melafaskan iktan setia un tuk bersama sama mememilih jalan yang di bawa oleh para nabi dan rasul yang terdahulu.

Namun aku memperingatkan buat diriku yang masih mencari cahaya di tengah kegelapan malam bersamaku ini sebagai teman perjalanan untukm mengahadapi duri kehidupan,terhadap ingatan ALLAH yang bermaksud"WAHAI ORANG YANG BERIMAN JANGANLAH HARTA BENDA DAN ANAK ANAKMU MELALAIKAN KAMU DARI MENGINGATI ALLAH,DAN BARANG SIAPA YANG BERBUAT DEMIKIAN DIALAHN ORANG YANG RUGI"(surah al munafiqun 63,9).Sesungguhnya institusi kekeluargaan adalah salah satu pelengkap dan peringkat untuk kita menuju kepada umah yang satu,ummah yang di sifatkan oleh ALLAH,ialah umat yang mampu mengajak manusia ini kepada ajaran yang benar serta menyuruh kepada yang ma'ruf dan melarang perkara yang mungkar.



Sesungguhnya bangunan ini haruslah di bangunkan di atas asas yang betul,supaya binaanya itu mampu bertahan,walaupun ombak dan badai datang,namun ia tidak memunggkinkan runtuhnya bangunan ini.Namun satu pesanku selaku teman seperjungan,teruslah berdiri dan maralah kehapadan walaupun nyawamu yang menjadi taruhan,kerana alam yang di masuki oleh mu ini akan sentiasa diuji teru menerus sehingghlah kamu sunggkur ataupun membuat pilihan untuk tidak lagi mengambil ini sebagai landasan untuk kmehidupan mu.Sesungguhnya teman disiss adalah anugerah ALLAH buat mu untuk terus berjuang serta menjadi penyelamat ummat di masa kemusnahan datang.JADIKANLAH ia sebagai mana isterinya nabi,jadikanlah ia pendorang ketika kamu dalam keseskkan,jadikanlah ia penerang ketika kamu dalam kegelapan dan jadikanlah ia teman ketika kamu sendirian dan jadikanlah ia bidadari ketika kamu di syurga.Kuatkanlah jiwa serata azam mu untu terus mempertahankan kemulian agama ini.sesungguhnya umat ini adalah pilihan daripada ALLAH.Majulah serta bangunlah dari lena untuk mencapai umat yang satu.SALAM PERJUANGAN BUAT TEMAN.


No comments:

Post a Comment