SALAM MESRA

Monday, December 20, 2010

BELAJAR DARI CHINA



Sememangnya catatan perjalanan makhluk di dunia yang bernama insan ini,telah di mulai dengan turunya Nabi Adam A.S ke muka bumi.Mereka hidup dalam keadaan yang bermasyarakat
dan mencipta gaya kehidupan yang tersendiri,sama ada terdiri daripada keadaan berpuak puak,dan juga hidup dalam keadaan yang mempunyai ciri ketamadunan yang tersendiri.Ini dapat kita perhatikan apabila masyarakat BABILON telah mendirikan sebuah ketamadunan yang sangat hebat sehingga mampu mencipta teknologi yang begitu maju seperti penggunaan bahan kimia dalam membuat bateri,syiling dan sebagainya.

Perkara sebegini juga turut dirakam di dalam Al quran iaitu dalam surah "AN NAML"
iaitu kerajaan Nabi Sulaiman,Nabi Yusuf dan sebgainya.Ketika ini para nabi dan rasul telah membimbing masyarakat dengan menggunakan wahyu yang di turunkan dari ALLAH kepada mereka.Keadaan umat yang terbina di atas dasar ini telah membina satu empayar yang sangat hebat.

Beginilah corak perjalanan kehidupan insan di atas muka bumi ini,setelah berlalunya satu zaman,maka ALLAH akan mendatangkan satu zaman yang lain untuk di beri pengajaran kepada umat kemudian.Perkara ini telah di gazetkan didalam al quran dalam surah saba' pada ayat 19.sesungguhnya setiap perjalanan sesebuah kaum itu pasti mencatatkan kisahnya dan gaya dan coraknya yang tersendiri,tidak kira sama ada dizaman para nabi dan rasul yang menjadi pentadbir ataupun mereka yang ingkar menjadi pentadbir sebagai contoh firaun,namrud dan sebagainya.

Sesungguhnya alam ini akan sentiasa dipenuhi oleh coretan sejarah sama ada baik ataupun sebaliknya.Catatan pena ahli sejarah telah banyak menulis,mengkaji,serta membukukan pelbagai catatan,demi generasi yang akan mendatang.Sekiranya kita mengkaji ataupun menelaah buku buku yang di karyakan oleh barat mereka banyak menulis tentang sejarah ketamadunan yunani,romawi.Sekiranya kita membuka seta menilai hasil tulisan ahli sejarah timur kita akan dapati bahawa bahasa mereka tentang keunggulan empayar parsi.Namun umat islam sekali kali tidak ketinggalan dalam mencorak pentadbiran dunia ini,seperti kegemilangan zaman kerajaan Nabi Sulaiman,Nabi Yusuf,dan tidak ketinggalan semasa pemerintahan penghulu sekalian nabi iaitu Nabi muhammad,bagaiman baginda telah merubah demensi masyarakat,paradigma pemikiran,transformasi politik yang mengubah bentuk dan peta dunia.Inilah hasilnya sekiranya manusia itu di pandukan oleh peraturan yang betul bersumberkan wahyu.

Namun jarang kita dengar,ataupun kita dilupakan oleh media elektronik,dan media klassik,bahawa dunia kita ini pernah mencatat satu ketamadunan yang begitu hebat dari semua segi baik dari keilmuan,kemasyarakatan,dan juga perubatan.Mereka telah pun mencatat banyak sejarah sehingga mampu menakluk negara barat dan memimta barat menghantar ufti setiap tahun.Itulah dia tamadun "Gergasi CHINA".



Sesungguhnya China yang tegak berdiri di atas dasar komunismenya mampu menundukkan dunia dengan segala kekuatan yang di cipta serta pergabungan seluruh kemajuan yang diterapkan kepada semua rakyat dan tenteranya,menjadikan kemajuan serta perluasan kuasa mampu di seimbangkan dengan kekuatan yang ada.Ini menyababkan tanah jajahanya mampu di bangunkan serta diambil segala kebaikan untuk di terapkan di nagaranya secara khusus.China terus berdiri ddan terus bergerak kehadapan untuk terus memastikan bahawa dunia ini mampu tunduk di bawah kekuasaannya.



Memang tidak dapat dinafikan bahawa China adalah sebuah negara yang dibangunka di atas keseimbangan baik dari sudut mentaliti masyarkat yang berdisiplin serta infrasturktur menjulang tinggi,melebar ke punjuru dunia.Menyebabkan China terus di pandang tinggi.Armada mampu dilayarkan ke lautan samudera,menerbangkan pesawat kelangit dunia dan sebagainya.Sesungguhnya pena ada mencatatkan bahawa laksaman Cheng HO mampu memimpin armada melayari lautan samudera lepas.

Namun sesungguhnya perancangan yang di susun musuh begitu rapi dan tersusun.Negara barat yang tidak pernah tunduk kepada mana mana kuasa besar dunia,mencari langkah bagaimana ke kaisaran china boleh di tumbangkan.Mereka "istiqamah"dalam mencari jalan serta peluang untuk kembali bertakhta di muka bumi ini.Namun di satu ketika mereka bermuafakat di antara Inggeris,Perancis,Portugal dan lainya untuk menumbangkan keegoan china yang bertakhta.

Bagi mereka ini adalah satu perkara yang tidak mustahil,tetapi memerlukan perancangan yang rapi serta masa yang lama.Hasil daripada penyelidikan mereka,mereka memperoleh satu cara yang terbaik untuk menumbangkan kekaisaran china.



Mereka mengambil langkah awal dengan membuka hubungan perdagangan dengan negara chna.Merka masuk ke negeri china dan mempelajari apa yang terdapat di negara china.Setelah lama mereka memperoleh satu keputusan iaitu memasukkan secara besar besaran ke daratan china,apa yang si sebut sebagai "candu".Mereka memperdagangkan candu secara komersial.Langkah yang disusun begitu rapi dan cermat.Kepada perajurit serta pembesar china, mereka adakan pesta untuk menjamu candu.Kepada rakyat dijual dengan harga yang murah dan untuk tentera di bahagikan secara gratis (percuma).Mereka di racuni selama beberapa tahun sehingga datang satu ketika mereka sudah ketagihan candu,sehingga askarnya sudah tidak mampu untuk mengangkat senjata.

Sudah kondisi seperti ini,barat menghalang kemasukan candu kenegara china,menyebabkan rakyatnya sudah hilang daya dan upaya.Inilah masa yang sesuai bagi barat untuk mengambil tampuk pemerintahan negara china.Hanya beberapa ketika kerusinya di tawan dan kaisarnya di rebut.China yang telah membina ketamadunan yang begitu maju jauh kehadapan akhirnya tersungkur jatuh menyembah bumi,yang dahulunya mencipta satu suasana keilmuan yang luas,perubatan yang menjadi penunjang kepada kesihatan,dan kekuatan tentera yang mampu bertempur di gurun dan di laut,kini hanyalah sebuah cerita yang di tuympahkan tinta pena jedalam lembaran sejarah silam.



Dewarasa ini,barat tidak pernah mengenal erti pengunduran,serta penyembahan kepada tuhan dan terkenal dengan sifatnya yang menindas,kini cuba untuk menjajah negara lain dengan menggunakan stategi yang sama.Transisi di bentuk bagi memastikan matlamat serta halatujunya tercapai.Mereka turut menggunakan stategi yang sama,namun apa yangdimasukkan tidak lagi berupa candu,tetapi apa yangdi panggil vcd porno,minuman keras,disko,pelacuran dan sebagainya.Maka perkara ini membri kesan yang begitu besar kepada masyarakat setempat khusunya negara kit ini.

Jikalau dahulu mereka menghatar tentera untuk membunuh,tetapi pada hari ini mereka hanya cukup menonton televisyen,membaca surat khabar,dan mendengar radio,berita anak membunuh ibu kandung sendiri,bapa merogol anak dan datuk meliwat cucu.Inilah kejayaan mereka tanpa kita sedari,bahawa mereka mampu menjajah melalui hujung jari mereka.

Tidak cukup dengan itu,mereka turut mencari ahli agama untuk dikaderkan oleh mereka supaya menjadi ahli agamawan mengikut acuan mereka.Malka lahirlah golongan agama yang visi dan misinya verbeza daripada ahli agama yang sebenar.Tujuannya adalah untuk mengelirukan rakyat,maka timbulah manusia seperti Ali Abdul RAziq di mesir,kasim ahmad di malaysia,Astora Jabat di Thailand dan sebagainya.Tidak cukup dengan itu mereka terus mencari keahlian yang baru untuk lebih menguatkan lagi jentera mereka.Maka timbulah "JIL"jaringan islam liberal atau jaringan iblis laknatullah.Mereka di beri runag sebebasnya untuk melontarkan pandangan dan tulisan mereka.Mereka telah di biayai oleh ASIA FONDATION iaitu satu lembaga yang di taja oleh bank dunia untuk kegiatan mereka.

Oleh itu masyarakat perlu memahami keadaan dan situasi pada masa kini.Bahawa mereka telah di jajah serta di perhambakan oleh musuh ALLAH untuk menghilngkan nilai agama ini dari muka bumi.Oleh itu masyarakat harus mendalami ilmu sebanyak yang mungkin serta cuba mengelakkan diri daripada melakukan maksiat dan yang paling penting adalah melazimkan diri ke dalam jemaah islam untuk mengelakakn daripada kecelaruan agama itu sendiri dan menyelamatkan umat ini.Belajar dari cina.

ISLAM FIRST,WORK TOGETHER,TAKE OPPERTUNITIES,AND ISLAM BECOMES RISING.

No comments:

Post a Comment