SALAM MESRA

Thursday, January 13, 2011

Sahabat ,Sesungguhnya Tidak Akan Ku Lupakannya



Ku mulai bicara ku ini dengan meninggikan kalimah Ilahi,yang terus menrus mengurnikan ni'mat kepada hambanya walaupun ada yang mengingkarinya,namun kasih sayangnya akan tetap mengatasi segala kemarahannya,membuka seluas luasnya pintu untuk hambanya menagih simpati,serta memohon keampunan kepadanya.

Sesungguhnya air sungai akan tetap mengalir,sesungguhnya laut akan tetap melambungkan ombaknya,sesungguhnya hati ini akan terus merindui selagi nyawa ini masih tetap bersatu dengan badan.Ia sesekali tidak dapat di pisahkan walaupun di acukan dengan berbagai cara,kerana ia sememangnya sebuah episod kehidupan manusia yang bergelar insan.

Keperitan akan terus dirasai oleh badan selagi mana kulit ini tidak terlerai dari badan untuk mencapai kebahagian di akhirat.Dan sekiranya di berikan kesenangan di dunia atau di akhirat maka pilihlah untuk mencapai kesenangan di hari kemudian,dan sekiranya manusia bertanya dan mengatakan buatlah sesuatu yang di sukai dan di senangi oleh masyarakat walaupun kadang kadang perkara itu tidak di senangi oleh pencipta maka khabarkanlah kepada mereka bahawa aku memilih itu berhadapan dengan tuhanku dalam keadaan yang gembira,namun ingatlah bahawa kedua dua ini bisa di rasai hanya dengan meletakkan hati ini bersama ALLAH.



Namun pesan akhir dari ku adalah,tuntulah ilmu kerana ia menjadi penerang kepada mu semasa kegelapan,beramallah dengan ilmu mu itu dengan segala kemampuan kerana ia menjadi saksi kepadamu di hadapan RABBUL JALIL,hiduplah dengan orang soleh,kerana ia menjadi penyuluh dalam kegelitaan,dan tundukkanlah diri mu di hadapan ALLAH kerana ia boleh menyekat hatimu di belit IBLIS.

Akhirnya aku disini sentiasa mengemis kasih dan belas kasihan dari ALLAH unutk memohaon kepadanya supaya di kurniakan keberkatan dalam kehidupan.Untuk akhirnya SALAM HELWAH BUAT SAHABAT DI BUMI ANBI'A,sesungguhnya tidak akan kulupakannya hingga roh ini menghadap raja segala raja.AMIN YA RABBIL A'LAMIN.

No comments:

Post a Comment