SALAM MESRA

Thursday, March 31, 2011

TEMPAYAN YANG RETAK

Alkisah bermulanya kehidupan seorang saudagar tempayan, yang hanya tinggal bersendirian bertemankan seorang pembantu yang patuh kepadanya.Menjadi amalan kepada si pembantu tadi,setiap pagi dia,dengan betemankan dengan kedua sahabat baiknya,iaitu dua buah tempayan,iaitu tempayan A dan tempayan B ,A masih mengekalkan keasliannya,namun B terpaksa menerima ketentuan takdir,kerana mengalami keretakan pada bawahnya.

Pada suatu hari,pergilah mereka ini,menuju ke sungai yang terletak di kaki bukit.Sedang dalam perjalanan inilah,mereka di hiburkan dengan alunan suara burung yang sayhdu keluar dari sarangnya untuk,mengutip rezeki yang sememangnya telah di tentukan oleh "Sang Pencipta".Sedang mereka menikmati kesyahduan nyanyian burung,terdetik di hati si pembantu tadi,mengharapkan supaya keadannya pada waktu ini bisa menjadi seperti burung ini semua."Mereka bebas untuk terbang kemana mana,yang mereka hajati,mereka mampu untuk terbang tinggi,mereka mampu menuai rezeki dengan ketengan hati"namun aku setiap hari hanya menurut kata tuanku.Namun apakan daya yang ada padaku ini,hanya insan biasa,yang sememangnya tidak punya daya dan upaya,untuk menghadapi hidup ini bersendirian.

Air sungai terus mengalir tanpa mendapat sekatan.Alirannya itu tidak mengenal sesipa yang menghalanginya,walau batu sebesar manapun.Alirannya menuruti ketentuan ILAHI,yang menetapkan segala galanya.Alirannya yang agak deras memecah tembok igauan si pembantu tadi.Melihat kepada aliran sungai yang begitu jernih ini,mengubah arah pemikiran si pembantu tadi,dengan memikirkan tugasan yang harus di laksanakan selepas ini. Sememangnya tanggungjawab telah pun bermula,sebaik sahaja titisan pertama memasuki tempayan tadi.Fikirannya terus di ganggu lagi,memikirkan bebanan yang harus diliaksanakan selepas ini.Sememangnya usaha terus giat dijalankan,dengan meletakkan harapan supaya tempayan ini di penuhi dengan air.

Sebaik sahaja,titisan mula keluar dari mulut tempayan ini,si pembantu tadi,terus mengangkat untuk di persembahkan kepada tuanya.Sedang dalam perjalanan pulang,titisan air dengan rasa serba salah terpaksa menundukkan dirinya ke muka bumi,di sepanjang perjalanan pulang kerumah,disebabkan kerana sudah tidak punya tempat untuk menahan,kerana keretakkan pada punggung tempayan.

Tibanya di rumah tuannya,harapan si tempayan B selalu kecewa kerana tidak mempu untuk memenuhi hasrat tuanya.Mengakui kerendahan yang ada pada dirinya,dengan melihat kepada kesempurnaan kawannya.Menyedari keadaan ini Si A mula meninggi diri dan mula untuk membandingkan keadaanya itu dengan kawannya.Namun kerja ini berlangsung hampir lengkap satu purnama.DI satu pagi,Si pembantu tadi melaksanakan tugasnya seperti biasa,namun alangkah ta'jubnya mereka semua,dengan melihat akan keindahan alam ciptaan ALLAh yang begitu menarik.Bunga kembang tanpa segan silunya,daun berterbangan dengan merasakan dunia ini sudah menjadi miliknya.

Mereka begitu kagum denga semua ini.Kemudian si pembantu tadi menyuarakahn isi hatinya kepada si B,dengan menyatakan bahawa,kalu dahulu kamu merasakan hidupmu itu tidak mendatangkan makna kepada dirimu,disebabkan keretakan yang ada pada dirimu itu,ketahuilah pada hari ini,kamu telah menyaksikan berkembangnya bunga ini adalah di sebabkan kerana keretakan yang ada pada dirimu itu.Bahawa titisan yang keluar pada badanmu itu telahpun menyirami semua bunga ini.

Wahai manusia,sesungguhnya kemulian kita bukanlah terletak pada rupa paras kita,bukanya pada harta dan pankat.Sesungguhnya kemulian itu terletak pada TAQWA kita kepada ALLAh seperti mana fimannya,"WAHAI MANUSIA SESUNGGUHNYA DICPTAKAN KAMU DARIPADA LELAKI DAN PEREMPUAN,BERBANGSA DAN BERPUAK PUAK ADALAH UNTUK SALING KENAL MENGENALI ANTARA KAMU,SESNGGUHNYA ORANG YANG PALING MULIA DI KALANGAN KAMU ADALAH ORANG YANG PALING BERTAQWA"

No comments:

Post a Comment